Pages - Menu

8 Jan 2014

Perpisahan Pembunuhan


Semua manusia didalam dunia ini akan merasai pahit dan kecewa apabila berlaku perpisahan.Tiada siapa mampu untuk terlepas dari peritnya dan parahnya rasa hati kita apabila terjadinya perpisahan.Ini takdir tetap akan diterima oleh semua mahluk didalam dunia ini.

Perpisahan kerana kematian pasti sekali akan membuatkan kita redha dan sedar akan siapa kita sebenarnya.

Cuma bukan semua diantara kita mampu tanggani perpisahan.Jika yang kuat dan cekal hatinya mungkin agak mudah untuk dia hadapinya.Bersedia dengan segala kemungkinan akan membuatkan kita cukup insaf dengan kekuasaan yang maha besar.Itu jika kita mengaku dan akui siapa kita didunia ini.Siapa kita dan siapa dia.

Namun jelas bukan semua begitu.

Berita beberapa hari lepas yang berlakunya pembunuhan disebuah hotel didaerah Klang amat sekali buat aku terkejut dan berfikir.Kenapa dan mengapa?

Umur mereka cukup matang.Mereka bukan orang biasa mereka berpelajaran dan mereka juga orang islam.Tentu sekali mereka mempunyai anak2.Jika tiada pun itu bukan persoalan yang besar.Persoalannya kenapa harus melakukan pembunuhan untuk selesaikan hal perpisahan?

Itu sahajakah jalan yang perlu di pilih?


"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah sebagaimana Dia patut ditakuti, dan janganlah kamu mati melainkan dalam kemusliman." (3:102)


Jika kita terlupa maka perlu kita kembali kepadanya jangan cuba kita melangkaui batasan yang telah diberikan.Carilah jalan yang lebih baik dan jauhilah dari bisikan2nya.Kita ini bukan malaikat maut dan kita juga bukan tuhan!

Sedih aku dengan kejadian yang sebegini.

chow!

9 comments:

  1. mereka melakukannya mungkin kerana mereka hanya islam pada nama, bukan hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. islam pada nama...jumlahnya semakin ramai sekarang.

      Delete
  2. aku tidak kuat
    namun sudah 4x perpisahan kematian yg aku alami
    adik
    adik
    kakak
    dan anak aku sendiri

    ReplyDelete
  3. Jap, apa menda putih yang kat sebelah lelaki tu? Teddy bear yang berharga RM500 tu kah?

    ReplyDelete
  4. Betullah kau ckp tu..islam hanya pada nama jumlahnya juga ramai..bertepatan dgn hadis Nabi SAW ..
    Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

    ReplyDelete
  5. bila diri dikuasai amarah ...

    ReplyDelete
  6. Orang yang ada agama pun boleh tenggelam dengan kesedihan. Apa lagi melibatkan perpisahan.

    ReplyDelete
  7. Aku mohon agar perkara begini dijauhkan daripada kita semua...

    ReplyDelete
  8. Bila nafsu menguasai diri dan bila akal tidak digunakan sepenuhnya.....mcm2x blh jd....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...