Pages - Menu

30 Dec 2012

Hebat


Sejak dari dahulu lagi aku selalu memerhatikan akan perkara ini.Sungguh hebat kuasa yang dia miliki sehingga aku terasa keadilan yang dia berikan sungguh-sungguh luarbiasa sekali.

Dia yang maha berkuasa apa lagi yang perlu aku katakan lagi.

Namun perkara ini selalu sangat buat aku tersenyum sendiri dan adakalanya amat sangat lucunya.Bukan sengaja aku mahu mengejek atau mengeji tetapi ianya terlalu benar.Hakikat yang tersangat realitinya.Tiada siapa dapat merungkai persoalan ini sehingga ke hari ini....iaitu kenapa?

Ya kenapa begitu....

Jika masih tidak faham cuba KLIK dan cari apa yang cuba aku sampaikan....tolong jujur dengan diri sendiri pergi klik dan baca sampai habis sesudah itu cari apa perkara yang kamu fikirkan di dalam kepala otak kamu!

Jangan bohong yer...dah klik dan juga habis baca....baru sambung semula apa yang aku tulis dibawah ini!

Dia cantik tetapi pasangan dia kacak atau tidak? Sepadan dengan dia atau tidak? Kenapa begitu akhirnya jawapan yang selama ini menjadi persoalan kepada semua pemabaca dan pengikut setia blog beliau.Siapakah gerangan sijejaka yang berjaya mencuri hati beliau.Mungkin juga persoalan kenapa ibu beliau tidak menyukai pasangannya ketika diawal perkenalan mereka kini sudah terjawap.

Ya...tidak seperti pinang yang dibelah dua sama sekali!

Tiada niat jahat sengaja aku menulis entry ini untuk memburukkan beliau cuma mahu menunjukkan bukti bahawa yang maha kuasa itu maha adil lagi maha hebat.

Dahulu di blog lama aku ada menulis secara panjang lebar tentang hebat dan istimewanya jika menjadi lelaki yang tidak kacak dan hensem.Lihat sahaja gambar diatas yang aku paparkan pelik sekali bukan.Seal dan Heidi Klum walaupun mereka telah berpisah sekarang tetapi mereka berjaya menerbitkan 2 orang anak kalau tidak silap.

Persoalannya kenapa perkara yang diluar jangkaan kita seringkali berlaku di sekeliling kita.Adakalanya kita meragui dan ada masanya kita keliru dan hilang semangat juga keyakinan diri.Sebenarnya apa yang berlaku dan kenapa iaiya berlaku.

Mudah...bagaimana sihodoh lagi jelek yang sangat hitam legam dengan muka yang berparut macam kena tembak mesingun itu berjaya menawan hati sicantik jelita itu?

Malahan bukan itu sahaja selalu sangat kita terjumpa dengan pasangan yang sangat pelik-pelik tetapi sangat bahagia.Sikurus dan sigemok.Sihitam dan siputih melepak.Sihensem dengan gadis biasa-biasa sahaja.Simuka pecah batu bata macam samseng dengan gadis ayu bertudung litup.

Ish....banyak lagilah kalau mahu aku tulis disini.Perkara ini selalu buat aku tertawa sendiri dan mengajar aku jadi lebih memahami tentang realiti kehidupan di dunia yang maha hebat ini.


Jahat ke aku buat entry ini selepas melihat Namee Roslan berkahwin dengan ishamnya? Namee jangan marah yer....sorriii....semoga bahagia hingga hujung nyawa!



chow!



29 Dec 2012

Malu


Entah mengapa aku kini mulai malu-malu dengan kaum bukan sejenisku.Dahulu aku pantang kalau terlihat jenis yang aku minati pasti sekali aku kejar sampai dapat.

Sekarang...garang aku sudah mulai semakin jinak.

Faktor umur mungkin tepat untuk aku jadikan alasan.Jika dahulu waktu aku masih panas dan masih merah tiada apa yang dapat menghalang aku dari melakukan tarian singa mahu pun naga.Istilah takut juga gerun lansung tiada wujud dalam kamus minda aku ketika itu.

Akulah panglima akulah pahlawan!

Hari ini aku seperti kucing yang takut kepada makanan lazatnya iaitu tikus.Suara mengiyau aku semakin sebu dan sengau.Jika dahulu aku kucing yang bersaudarakan harimau pasti tidak akan berganjak malah tidak akan sekali-kali mengundur setapak ke belakang.Tidak akan terlepas sitikus yang aku hendap dan tangkap dari cengkaman.

Itu semua permainan aku ...itu semua makanan aku!

Bunyi sangat riak malahan sedikit takbur terpancar dari tulisan ini.Tersenyum sendiri aku kini.Dahulu itu adalah dahulu dan bukan lagi hari ini.Jangan cuba diungkit lagi sejarah yang semakin tinggal sejarah.Tiada siapa mahu mendengarkannya lagi mungkin sudah menjadi antik.

Kenapakah kini aku begitu malu?

Hilang sudahkah semua semangat yang selama ini aku bela dan semai.Kitaran kehidupan yang tiada siapa dapat mempertahankan atau dijadikan bahan untuk menegakkan benang yang basah.Sialan sungguh pula terasa sekarang.

Hahahaha!

Mungkin ada baiknya jika aku mulai malu-malu sekarang.Tahun baru pun bakal menjelang tiba rasanya tiada salah aku bertukar kulit atau rupa.Jika dahulu aku kucing berupa harimau apa kata kali ini aku bertukar menjadi kayu yang terapung tenang di sungai yang luas lagi lebar.

Hmmm...mungkin kayu ini akan menjanjikan sesuatu yang baru dan segar.

Siapa tahu kannnnn!


chow!


24 Dec 2012

Fikir



Kali ini apa kata kita bincang-bincang sikit tentang cinta sebelum dan selepas di ijabkabulkan.Ada orang percaya bahawa cinta selepas di ijabkabulkan adalah cinta sejati dan cinta yang abadi.Ada juga yang percaya bercouple sebelum berkahwin tidak akan membawa kepada apa-apa malah jauh kepada kebahagian berumahtangga.

Boleh percaya atau tidak?

Siapa cakap dan boleh beri jaminan selepas di ijabkabulkan yang kita ini akan bercinta dan berbahagia?Kemana pula harus kita letakkan perkataan perceraian selepas perkahwinan?Adakah kita dilarang sama sekali bercouple sebelum sah menjadi suami isteri? Adakah terjamin jika pasangan yang kita nikahi tanpa perlu kita kenali hati budinya menjadi teman seumur hidup kita?

Ramai yang percaya perkara ini tidak dapat untuk dihuraikan sekali lalu.Perlu ada timbang tara yang betul sebelum boleh untuk di olah lagi di beri ulasan.

Jodoh itu memang rahsia dari yang maha kuasa tiada lagi boleh untuk di pertikaikan.Cuma adakah hambanya dapat menerima dengan kerelaan dan pasrah kepada semua yang bakal direncanakan.Seperti biasa pasti ada sebahagian dari kita yang secara tidak lansung mempertikaikannya.Bukan disengajakan tetapi tanpa disedari oleh mereka-mereka itu.

Hari ini terlalu banyak cubaan dan dugaan.Kita melihat dari luarannya seperti dia itu bidadari tetapi bila sudah dikenali rupanya itu cuma topeng semata-mata.Kita melihat yang lain pula luarannya tidak ubah seperti orang yang tiada bertuhan tetapi bila sudah dikenali rupanya dia begitu kenal apa yang tidak kita kenali padahal kita beranggapan bahawa kita lebih mengenalinya.

Palsu dan bermuka-muka kini semakin menular bebas meluas diseluruh kehidupan manusia hari ini.Tiada jaminan yang mungkin dapat kita berikan kepada setiap manusia yang kita kenali itu ada menyimpan keiklasan dan bersifat mulia.Seringkali kejujuran dan kebaikan yang kita miliki mereka pergunakan sebagai senjata untuk melukai hati kita.

Kebaikan dan kejujuran pada hari ini selalu diperlecehkan dan disalahgunakan oleh mereka-mereka yang bijak dalam memutar belitkan kepada arah yang salah demi keuntungan peribadi mereka.

Kembali semula kepada dasarnya seperti ramai yang sedia maklum sekian lamanya.Mahu atau tidak terpaksa juga mengharunginya walaupun seribu satu macam kegelisahan bersawang didalam hati juga minda kita.Bersarang dengan begitu banyak persoalan dan tidak tahu bila akan membuahkan hasil jawapanya nanti.

Dari rangkap pertama yang teratas membawa yang terakhir begitu banyak yang terpaksa difikirkan semua.Fikir sehingga tidak lalu berfikir.Otak jadi sebu dan beku dengan tulisan yang semakin rumit untuk difahami.Maka ulasan yang bakal diberikan semakin tiada keruan.Ini apakah sebenarnya?

Fikir lagi...


chow!



20 Dec 2012

Wasiat Jumaat # 6


"Apa sahaja yang baik menimpa kamu, ia adalah daripada Allah; apa sahaja keburukan yang menimpa kamu adalah daripada diri kamu sendiri"(4:79) 

19 Dec 2012

Berani





Kalau ada orang bertanya gadis yang macam mana idaman dan pilihan aku?

Rupa paras kepada aku tidaklah begitu penting sangat tetapi jika yang datang itu cantik dan jelita itu merupakan bonus dan jika sebaliknya ianya bukan menjadi penghalang kepada sesuatu perhubungan.Namun secara jujur aku ini agak terlalu memilih dan tidak sembrono bila membuat pilihan untuk di buat pasangan.Biar lambat tapi puashati...hehe!

Seandainya pasangan aku itu jenis yang tidak reti duduk diam dan sentiasa sahaja ada plan itu dan ini  dalam 24jam maka ...itu memang aku suka sebab aku memang jenis yang tidak berapa reti duduk melangok tengok bulan dan bintang.Tidur dan makan seperti benda 4 kaki pendek atau macam patung yang tegak tidak bergerak di batu gua itu....hehe!

Bagi aku jika gadis itu jenis lasak dan berani tidak kiralah dalam apa benda pun dia memang sexy dari pandangan mata aku.

Lagi sexy jika tubuh badannya ada sedikit garang dan tidak begitu lemah gemalai.Tidak perlu berotot tetapi cukup dengan sedikit berkilat.Ala-ala latino sikit...hehe!Lagi hebat jika dia suka kepada pantai dan laut.Cuma untuk mencari spesis gadis sebegini amatlah sangat terhad sekali bilangan mereka di negara tercinta kita ini.Kalau ada pun kita terpaksa mencari mereka di negara tetangga jiran kita seperti di Bali atau di Phuket...wow!

Semasa aku kemurungan beberapa ketika yang lalu aku ada melepak lama di Pulau Perhentian....memang ada ramai yang begitu gadis-gadisnya tetapi teramat malang kerana agama dan negara kami amat ketara keterlaluan berbezanya....hampa sungguh tuan hamba!

Sebenarnya dia ini ada kias-kias begitu ...ahhh! slow-slow bro...ada rezeki tak kemana....!

Siapa ?

Si kelip-kelip!


chow!


14 Dec 2012

Cinta Itu Buta


Kenapa yer cinta itu selalunya tak pernah adil pd pemberi dan penerimanya? Boleh LS ulaskan tak selain dari mengatakan "cinta itu buta". Jawapan yg cliche!

maaf bertanya soalan yg mentah ini krn saya baru berusia 17thn.

@ ************************************************************************** @

Di atas ini adalah satu komen yang aku ambil dari entry yang lepas.Satu persoalan yang sangat baik dan bukan senang untuk diulas.Lama juga aku berfikir kenapa yer begitu.Kenapa tidak adil?

Bukan kerana ianya datang dari seorang gadis yang berumur 17 tahun tetapi persoalan itu berlaku kepada semua pengamal cinta.Siapa yang pernah melalui alam percintaan dan diakhiri dengan kekecewaan pasti sekali akan terpancul persoalan yang begini....kenapa tidak adil?

Cinta itu buta adalah satu kenyataan yang paling mudah untuk diberikan sebagai satu jawapan tetapi ianya adalah jelas satu jawapan yang tidak terjawap! Tergantung begitu sahaja tanpa diberikan penjelasan yang sebenar kenapa cinta itu buta dan kenapa cinta itu tidak adil kepada pemberi dan penerimanya.

Kenapa cinta itu buta?

Jika ikut apa yang aku rasa dan fikirkan cinta itu buta kerana ianya tidak bermata satu hal.Cinta itu buta kerana ianya tidak memilih apa dan siapa.Cinta sesama manusia selalunya memang dimulai dengan hati dan perasaan.Bukan dengan mata.Namun dari mata juga segalanya bermula dengan satu percintaan.

Sejak akhir-akhir ini aku mula rasakan cinta itu seperti tiada mulianya.Mungkin kepada mereka yang pernah terkecewa kerana cinta pasti akan rasa menyesal mengenali cinta.Ingatkan hanya bahagia sahaja yang yang dinikmati tetapi derita juga harus dikecapi.Jika cinta itu tidak buta bagaimana pula rasanya yer?

Bagaimana pula dengan pandangan kamu dalam ertikata tidak adil kepada pemberi dan penerima cinta?

Susah betul nak jawap ni....

Cuba klik DiSini ini juga salah satu contoh bagaimana butanya cinta!


chow!

13 Dec 2012

Hujan


Hujan adakalanya kita memang suka dan ada masanya kita benci dan menyampah.Suka jika turunnya hujan pada malam hari dan hari cuti.Ianya menambahkan nikmat kepada kita pada waktu itu.Tidur kita semakin lena bagai di ulit mimpi indah.Hari cuti kita bagaikan cukup sempurna sekali.

Benci bila hujan turun pada pagi hari yang kita terpaksa bangun awal untuk pergi bekerja atau pergi belajar.Bila kita sudah berjanji bagai dan membuat perancangan itu dan ini yang melibatkan aktiviti luar.Plan yang sudah dirancangkan sekian lama dengan penuh teliti dan cermat tiba-tiba bila sampai masa dan waktunya maka hujan pun turun dengan sangat gembira sekali.

Lagi jahanam bila semua itu melibatkan perancangan bersama sibuah hati yang kita nanti-nantikan.Semua jadi hancur lebur bila diserang hujan yang lebat dari pagi sampai kemalam.Kita mulai jadi umat yang derhaka kepada maha penciptanya.Semuanya mahu dimarah dan di maki....hehe!

Kadang kala aku bersifat begitu.Ialah aku bukannya sempurna sangat adalah lebih baik kita mengaku dan jujur daripada bermuka-muka.

Benci tu benci juga lah ...ialah kalau hari-hari hujan sakit hati juga kan.Bukan tak mahu faham sekarang ini memang sudah musim dia iaitu musim hujan.Namun sudah peel manusia yang selalu sahaja banyak komplain dan adu dombanya.Salah satu contoh aku lah.

Hujan ini memang masalah besar buat aku.Pantanglah terkena sikit mahu aku duduk rumah 2 ke 3 hari melayan selsema dan panas badan.Bila dah baik sikit aku mulalah melompat keluar tapi aku ni memang jenis degil dah tahu badan tu memang alergi dengan hujan tapi diredah juga hujan ...walaupun geremis maka akan bersambunglah lagi demam aku ke beberapa hari!

Untuk sekalian kalinya dalam 2 minggu ini aku demam 3 kali berturut-turut!

Antibody kurang power kata rakan-rakan yang x berapa aku suka kawan.Semua kawan-kawan aku memang jahat lagi pendajal.Bila tahu aku tersekat dan tersepit di rumah maka kawan-kawan aku ini akan rajin datang rumah buat parti makan-makan.Parti buah durianlah...parti buah rambutanlah...eh! memang cari pasal jer!

Macam biasalah...aku terpaksa join juga dan akhirnya makin bertambah sakit dan semakin bertambah teruk jadinya.


Kalau ada isterikan best!


chow!

9 Dec 2012

Hilang Kecewa


Sekarang ini boleh dikatakan aku agak lemah ...lemah bukan kerana makan hati atau sakit hati tetapi lemah dengan cuaca dan durian.

Hampir seminggu ini aku tersadai di dalam bilik meratap hiba kerana kedegilan aku tentang buah durian.Musang King durian ini diberikan nama.Lazat lagi enak dan berpatutan dengan harga yang dikenakan.Aku ini boleh di anggap sebagai manusia yang lemah terhadap hujan dan durian.Jika aku buat keras kepala dan buat tidak peduli maka aku akan ditimpa celaka yang dinamakan demam yang tak sudah-sudah....hehe!

Hmmm...bercakap tentang 2 post aku yang terakhir lalu aku rasakan aku sudah mulai hilang kecewa tentang nasib dan juga tentang cinta.Komen-komen yang diberikan terasa begitu iklas sekali diberikan dan aku mengucapkan jutaan terimakaseh dengan kamu-kamu semua.

Bila kita mulai sedar tentang kesilapan dan kesalahan kita.Bila kita mulai memahami apa itu yang dinamakan pusingan hidup.Bila kita mula terasa bosan dan penat dengan semua perkara yang telah lepas yang kita masih lagi ingati dan kenang.Bila kita seperti terasa bodoh dan tolol kerana tidak mahu menerima hakikat kepada apa yang telah dikarmakan.

Maka akan timbul satu semangat dan satu perasan yang melampau dengan semua ini.Ianya mungkin telah lama aku nanti-nantikan selama ini.Iaitu rela dan redha.

Pelik dan ajaib baru kini mulai merasainya.

Hebat dan sungguh luarbiasa sekali perasaan aku ketika ini umpama Harimau Malaya yang baru terjaga dari tidurnya.Namun sayang malam ini kita cuma seri 1-1 dengan Thailand.

Lama juga masa yang diambil untuk aku pulihkan semangat yang telah luntur malahan hampir-hampir pupus.Kuasa Allah jika tidak di akui tidak mungkin terjumpa dasarnya.Manusia memang begitu sering terlupa kepada siapa harus di buat aduan dan rayuan.

Bilang hilang rasa kecewa ini pasti timbul rasa gembira.Benar kini aku sedang bermadu asmara bersama gembira yang selama ini aku lupakan.Maaf sayang selama ini aku terlalu ambil berat tentang sedih.Janji aku kepada mu gembira akan aku tatang kamu bagai minyak yang penuh mulai saat ini...aku janji!

chow!

2 Dec 2012

Nasib Diri



" Kamu ini saya konklusikan selalu mengeluh ttg nasib diri. Redha itu perlu keihlasan. Jika org yg disayang itu kelihatan gembira, relakan dia pergi. Jika dia kembali, dia akan jadi milikmu selamanya..ika tidak, kamu perlu redha.

Jna itu sangat manis dan sesuai dgn kamu. Mulakan satu langkah ke depan dan seterusnya...saya yakin kamu akan bahagia kembali."

~Rela~

Mungkin ada benarnya komen yang diberikan diatas melalui post yang lepas.Entah kenapa aku baru menyedarinya kini.Mungkinkah aku terlalu mengikut sangat perasaan.Mungkin juga ....

Biasalah kalau orang baru putus cinta tetapi kalau sudah lebih 2 tahun bagaimana pula dan apakah sebabnya?

Bukan semua orang punyai nasib yang sama.Ada orang dapat mengatasi sakit putus cinta hanya dalam masa semalaman tetapi ada yang terpaksa menangungnya selama hayat dia hidup.Benarkan...kalau tidak mana mungkin kita pernah terbaca artikel-artikel didalam suratkhabar atau novel atau juga di dalam drama di tv malah mungkin di filem!

Adakah semua itu palsu atau benar?

Dahulu aku ada terjumpa dengan lelaki dan perempuan yang terlajak umur dan tidak mahu berkhawin.Dulu...aku tak terfikir yang cinta ini boleh buat manusia itu jadi sejuk beku dengan manusia yang bukan sejenisnya.Pelik dan aneh bila kita bertanya kenapa tak kahwin-kahwin lagi katanya tiada jodoh lagi!

Namun bila kita selediki dan mula menyibuk tanya sana sini kenapa mereka tak kahwin-kahwin lagi barulah kita terjumpa dengan jawapan yang kita sendiri mungkin tidak jangkakan.Tidak mahu berkahwin kerana putus cinta dan juga putus tunang!

Dulu ...dulu la...aku cebikkan sahaja bibir aku bila alasan yang diberikan kenapa tidak berkahwin ialah kerana putus cinta.Ehhh!....berapa ratus juta manusia yang berlainan jenis bersepah diluar sana maka keluar dan pilih sahaja yang mana satu kamu suka ....itu perkara mudah apa!

Senangnya aku bercakap....yer tak!

Tapi bila sudah terkena batang hidung sendiri lansung tak terkata apa.Cakap memang mudah kalau tak kena lagi tapi jika sudah terkena nanti cakap pun tak mampu tahu.Tak percaya sudah!

Habis cakap...kembali lah pada tuhan dan bla...bla...bla!

Faham ....semua orang faham itu pun jika kau berada di tempat yang sama seperti mana mereka berada.Jika belum jangan banyak cakap kerana kamu tak rasa kamu tak faham.Bila sudah terkena batang hidung sendiri nanti barulah kamu tahu.

Cuma mungkin kamu bernasib baik sekarang kerana nasib kamu masih terpelihara lagi tapi percaya lah nasib kamu akan tiba di penghujungnya bila masa kamu terleka dan terlalai seketika ...bukan lama pun tapi seketika....mungkin sekarang mungkin esok !

Sungguh bernasib baik kamu jika allah tiada turunkan ujian yang berat lagi membebankan tetapi jika berat ujian yang diberikan itu bermakna allah sangat sayang kepada kamu...kerana allah sedang merancang sesuatu untuk diberikan balasan diatas kesetiaan menerima semua ujian dan dugaan dengan iklas lagi redha!

chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...